Wednesday, 22 November 2017

Kenali Pelbagai Jenis Tepung Untuk Kegunaan Masakan

18:48 0 Comments

Http://t.me/cookeatlove123
Terdapat banyak jenis tepung yang dijual di pasaran. Malah ada diantaranya yang anda sendiri pun tidak pernah jumpa dan guna. Kalau nak tahu, semua tepung-tepung ini mempunyai fungsi serta kegunaanya yang tersendiri. Ada yang sesuai untuk masakan, kuih muih, kek , roti dan sebagainya. Antara yang ada dijual ialah:

1. TEPUNG SERBA GUNA 
Tepung serbaguna ialah tepung yang sesuai untuk semua jenis masakan. 

2. TEPUNG BERPROTEIN TINGGI 
Tepung berprotein tinggi sesuai untuk membuat roti kerana tepung ini mempunyai daya menganjalnya agak tinggi membuatkannya lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap glutin yang tinggi. 

3. TEPUNG BERPROTEIN RENDAH 
Tepung berprotein rendah pula lebih sesuai digunakan untuk membuat kuih pau & roti kukus. 

4. TEPUNG GANDUM 
Tepung gandum biasa banyak dipasarkan secara komersial dan selalu digunakan dalam aktiviti memasak seharian. Fungsinya sama dengan tepung serbaguna. 

5.  TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR 
Tepung naik sendiri ialah tepung yang mengandungi kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Sesuai digunakan untuk membuat kek. 

6. TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR 
Tepung Superfine juga dikenali dengan nama soft flour. Tekstur tepung ini halus seperti tepung naik sendiri tetapi tidak mengandungi bahan penaik didalamnya seperti self raising flour.Tepung ini dikategori dalam tepung low protien.

7. TEPUNG ROSE 
Tepung ini mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut . Biskut yang diperbuat dengan menggunakan tepung ini akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut yang diperbuat dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. 

 8. TEPUNG HONG KONG 
Tepung Hong Kong ialah sejenis tepung yang digunakan untuk membuat pau. Ia juga dikenali dengan nama Water Lily Flour dan berwarna sangat putih. 

9. TEPUNG PULUT 
Tepung pulut mempunyai rupa seakan tepung beras namun ia mengandungi 100% beras merah asli. Ia kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna. 

10. TEPUNG WHOLEMEAL 
Tepung gandum tulen juga dikenali dengan nama tepung atta. Ia mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, roti atau muffin yang dihasilkan akan mempunyai tekstur yang agak berat. 

11. TEPUNG KASTAD 
Selain mewangikan, tepung kastad berfungsi untuk merapatkan tekstur kek. Tepung ini juga menjadi bahan penting dalam penghasilan untuk cream puff dan pudding.
 
12.  TEPUNG UBI 
Tepung ubi berfungsi untuk meliatkan adunan dan selalu digunakan dalam penghasilan kuih muih. 

13. TEPUNG JAGUNG 
Tepung jagung berfungsi sebagai agen pemekat dan jika digunakan untuk gorengan atau biskut, ia akan menghasilkan bahan gorengan dan biskut yang rangup. 
 
Ada banyak lagi tepung-tepung yang ada dijual di pasaran seperti Tepung Kentang, Tepung Optima dan beberapa lagi yang kita sendiri kurang pasti fungsinya. Oleh itu, sebelum membeli, kenal pasti jenis serta kegunaan agar masakan anda menjadi dan tidak tersilap bahan.

Friday, 10 November 2017

12 Makanan Ini Mampu Turunkan Kadar Gula Dalam Darah. Elok Untuk Pesakit Kencing Manis

04:59 0 Comments


NUTRIEN YANG CUKUP DAN BERZAT SANGAT PENTING UNTUK MENGENDALIKAN KADAR GULA DARAH. MENGATUR POLA MAKAN JUGA MERUPAKAN KUNCI TERBAIK AGAR KONDISI GULA DARAH TETAP NORMAL. ANDA BOLEH MINUM ANEKA JUS SIHAT SEPERTI JUS BUAH BIT, EPAL HIJAU, TOMATO, JUS TEMBIKAI, MAKAN SAYURAN-SAYURAN YANG MENYIHATKAN. MAKAN ROTI GANDUM JUGA BAIK KERANA BANYAK MENGANDUNGI SERAT YANG BAGUS.
PERLU DIAMALKAN SELALU AGAR KESANNYA STABIL

Http://t.me/cookeatlove123

Ini antara cara menurunkan kadar gula darah secara semulajadi melalui bahan-bahan tradisional serta makanan,

1.    Kayu Manis.
Anda mungkin fikir kayu manis rasanya manis dan mengandung gula, namun kayu manis sangat bagus dalam mengurangi gula darah dan mengurangi risiko untuk berkembangnya diabetes. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ekstrak kayu manis baik untuk menurunkan glukos  dalam darah, kadar kolesterol LDL dan trigliserida. Namun hati-hati  jangan menggunakan kayu manis dalam dos besar kerana agak berbahaya. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan kayu manis jenis apa yang sesuai  untuk anda.

2.    Bawang putih.
Bawang putih telah digunakan selama bertahun-tahun untuk menurunkan kadar kolesterol dan menurunkan kadar gula dalam darah. Satu kajian  yang dilakukan kepada seekor tikus dan arnabmenunjukkan bahawa ekstrak bawang putih dapat menurunkan gula darah. Ekstrak bawang putih meningkatkan  jumlah insulin pada orang yang mempunyai diabetes. Meskipun menimbulkan bau nafas tidak sedap, bawang putih merupakan bahan makanan yang baik dan ternyata baik untuk mengelola kadar gula darah anda.

3.    Avokado dan Kekacangan.
Asam lemak tak tepu merupakan komponen penting dari mengelola kadar gula darah. Asam lemak tak tepu  adalah unsur utama yang terkandung dalam beberapa makanan antara lain seperti avokado, kacang-kacangan dan biji-bijian, buah zaitun, rami, dan minyak zaitun. Avokado terbukti mampu menurunkan risiko sindrom metabolik, termasuk diabetes.  Ia juga meningkatkan perasaan kepuasan setelah makan, dan memiliki kesan yang baik pada tekanan darah dan peradangan.

4.    Telur.
Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2008 di jurnal obesiti antarabangas,  menemukan orang-orang yang mempunyai berat badan dan obesiti diberikan dua telur sehari untuk sarapan. Para pengkaji mengatakan  pengambilan telur dapat mengawal rasa lapar dengan mengurangi insulin pasca makanan. Respon mengendalikan nafsu makan dapat mencegah fluktuasi kadar glukosadan insulin.

5.    Cuka.
Cuka telah terbukti menghambat gula darah dan meningkatnya insulin, serta meningkatkan perasaan kenyang setelah makan.  Kajian yang dilakukan oleh Arizona State University menemukan orang-orang yang mengambil makanan dengan meminum cuka memiliki kadar gula darah dan insulin yang normal. Cuka Epal antara yang boleh anda ambil.

6.    Kacang Almond.
Almond merupakan sumber magnesium, serat dan protein. Almond memiliki kandungan magnesium yang tinggi daripada kekacangan lain. Semua kacang-kacangan,  termasuk almond, juga kaya Kromium yang dapat membantu mengelola kadar gula darah. Anda boleh mengambil sebagai jajan atau sebagai campuran masakan anda.

7.    Minyak Zaitun
Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu yang sama ditemui dalam avokado dapat mencegah pengumpulan lemak perut dan juga menghalang rintangan insulin.

8.    Ceri
Ceri mengandungi bahan kimia semula jadi yang dikenali sebagai anthocyanin yang boleh membantu tahap gula darah yang lebih rendah pada orang dengan diabetes. Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Makanan Kimia mendapati antosianin boleh mengurangkan pengeluaran insulin sebanyak 50 peratus. Antosianin juga boleh melindungi daripada penyakit jantung dan kanser

9.    Mangga
Mangga mengandungi lebih daripada 20 vitamin dan mineral yang berbeza termasuk vitamin C dan A, folat, dan serat. Walaupun manis, mangga dapat mengurangkan tahap gula dalam darah.

10.    Chia Seed
Chia Seed menstabilkan gula darah, mengurangkan kesan kencing manis, meningkatkan sensitiviti insulin dan alat

Wednesday, 8 November 2017

SEPANG KEDERANG

09:32 0 Comments

Cara Guna sepang kederang

1. Sebagai Minuman
Rebus 1/6 daripada sepang kederang yg dipek dengan 1 liter air .

Boleh diminum 3 kali sehari sebanyak 1 gelas sekali minum
.
.

2. Sebagai mandian bayi kuning
Rebus  1/ 3  pek sepang kederang dgn 2 liter air
Siap utk mandian .
.

3. Sebagai basuhan luka perinium
.

Rebus 1 liter air  bersama 1/3 pek sepang kederang .

Bila air sepang kederang suam, Campurkan dengan 1 sudu Kecil garam bukit .
Dah siap untuk Basuhan
.
.
Wasap  www.wasap.my/60137033819  utk order .
.
Follow ig kami @aisy_momshoppe