Tuesday 19 December 2017

TESTIMONI PENGEPOSAN PRODUK SEPANJANG TAHUN 2017

06:24 0 Comments
Alhamdulillah , sepanjang tahun 2017 pelbagai produk telah sampai ke tangan pelanggan kami. 

Terimakasih kerna sudi berurusan dgn kami

Tahun depan kita berurusniaga lg 😊

Diperturunkan testimoni dr pelanggan kami 










Lawat pages kami utk mendapatkan lebih banyak testimomi 

Koderang beautiez

















Thursday 7 December 2017

KEGUGURAN VS BERPANTANG perlukah

22:55 0 Comments



Mengalami keguguran adalah suatu kehilangan besar dan amat menyedihkan bagi sesetengah wanita, terutamanya jika mereka masih belum mempunyai zuriat lagi. Keguguran juga boleh menjejaskan kesihatan jika tidak di rawat segera akibat tumpah darah dan jangkitan kuman.

Apakah maksud keguguran?

Keguguran adalah kehilangan kehamilan secara spontan dalam 20 minggu pertama. Kira-kira 10-20% daripada kehamilan berakhir dengan keguguran , dan lebih daripada 80 peratus daripada kerugian ini berlaku sebelum 12 minggu.

Keguguran mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Jika mengikut nasihat orang tua-tua, situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.

Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh berpantang sama seperti ibu selepas bersalin. Bahkan penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran.

Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.

Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.

Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Adakah tempoh berpantang ibu keguguran sama seperti ibu selepas bersalin? Sebenarnya mengikut petua orang tua-tua, ada bermacam pantang larang ibu yang keguguran termasuk bab pemakanan dan gaya hidup seharian.

Berpantang ibu keguguran berakhir mengikut jangkamasa keguguran.  Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin. Ibu mesti mengelakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.

Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai.

Ibu juga tidak boleh makan ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Jika mengikut petua pantang larang orang tua-tua, ibu yang melanggar pantang tersebut boleh mengalami masalah bentan urat, demam lambat baik, rambut gugur, alahan kulit dan mudah letih.

Di SuzyHoney herbs juga kami ada menyediakan rawatan jamu khas untuk masalah keguguran.
Sebaik sahaja lepas keguguran ibu di syorkan untuk mengikut step yang disarankan

Langkah pertama :

1. Rebusan Akar Kayu  
SuzyHoneyHerbs
Harga Rm25  sepeket penggunaan utk 10 hari.

Campuran Rebusan Akar Kayu Suzyhoney terdiri dari akar kayu daun terpilih . Rebusan ini tidak pahit  (mild) dan sangat menyegarkan badan bagi menjaga urat saraf dan melancarkan perjalanan darah.  Ianya juga membuang toksid dalam badan.

Ianya terdiri dari akar kayu terpilih dengan kualiti yang bagus :

 🌿 Daun/  batang /akar Mas Cotek
 🌿 Kulit kayu serapat
 🌿Manjakani
 🌿Daun  Kacip Fatimah
 🌿 Dan lain akar kayu terpilih🌿🌿

Rebusan akar kayu di ambil selama 10 hari habiskan 1 peket.

Cara merebus : 
Ambil sebahagian daripada akar kayu tersebut. Cuci bersih2 kemudian di rebus  dgn 5 gelas air sehingga mendidih menjadi 3 gelas air. 

Baki rebusan biarkan shj dalam.periuk dan boleh di rebus utk pengambilan esok hari. Cuma tambahkan air shj . Rebusan boleh di teruskan guna sehingga ada lagi rasa akar kayu.

Cara aturan makan:

1 gelas siang
1 gelas malam

#suzyhoneyherbs
#perawatanwanita
#TipsAnggunMenawan

 Klik www.wasap.my/60137033819  utk order produk suzyhoney 

Tuesday 5 December 2017

Khasiat Limau Purut

21:16 0 Comments


PENGENALAN

Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix , tanaman saka ini berasal dari Asia Tenggara dan kini ianya terdapat hampir di semua Negara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand. Tumbuhan ini kalau di barat ia dipanggil Keiffer lime ;Kafir lime, bagi orang-orang Thailand mengenalinya sebagai Bai makrut, manakala orang-orang Indonesia pula memanggilnya dengan Jerut purut, kerana ia mempunyai rasa yang masam dan sedikit pahit. . Ianya juga merupakan sejenis buah-buahan dari family Rutaceae yang ditanam untuk pelbagai kegunaan dikalangan masyarakat kita.

Limau purut sama seperti limau nipis tetapi kulit buah limau purut lebih menggerutu, berkedut tebal dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran pokok limau purut ini pula agak perlahan berbanding dengan spesies limau lain. Ketinggiannya pula boleh mencapai sehingga 30 meter. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung daun, ianya berbentuk seperti nombor lapan.
http://t.me/cookeatlove123
Khasiat

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.

• Sebagai wangian dalam aromatherapy. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat.

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.

Limau purut untuk kecantikan kulit

Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Malah limau purut juga dapat membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

Pada masa sama turut mempunyai beberapa khasiat lain yang boleh diamalkan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit.

Sebiji buah limau purut diperlukan bagi membersihkan rambut, sekali gus mencuci kulit kepala yang berkerak atau berkelemumur.

Buah limau itu dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkan rasa pedih. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Kaedah yang sama dilakukan untuk mengatasi masalah kulit kering bersisik yang selalunya diamalkan ketika mandi.

Sentalkan buah limau purut yang sudah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik itu dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas.

Kegunaan Daun Limau purut

Daun limau purut banyak kegunaannya, ianya digunakan didalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain ia berkesan sebagai penggelak antikanser atau pencegah kanser, limau purut ini juga boleh digunakan untuk memcuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapy nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

Limau purut mempunyai khasiat istimewa, ia dapat melembutkan, melebat, merapi dan juga mengharumkan rambut. Juga dapat menghilangkan kelemumur dan rasa gatal pada kulit kepala selain meninggalkan bau wangi. LImau purut juga dikatakan dapat memneri kesegaran dan keyamanan dan juga meringankan masalah kulit seperti melegakan migraine sambil merangsang perjalanan darah.

Limau Nipis

19:34 0 Comments


Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini, ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Sapindales
Keluarga: Rutaceae
Genus: Citrus
Spesies: C. aurantifolia
Nama binomial
Citrus aurantifolia
Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mi rebus, mi bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.

Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.

Penanaman 
Limau nipis biasanya ditanam secara tut di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Limau nipis juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi jarang dilakukan.

Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

Buah
Buah limau nipis adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Buah limau nipis mengeluarkan bau yang wangi.

Antaranya, buahnya boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kelemumur.

Buahnya juga sering kali digunakan untuk menyental dan mengilatkan kuku di samping boleh dijadikan sebagai bahan pencuci bagi menghilangkan bau badan.

Bagi suri rumah pula, buah limau nipis sudah tidak asing kerana selalu digunakan sama ada sebagai perisa masakan dan makanan.

Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut

http://t.me/cookeatlove123

Khasiat

Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C

Khasiat Limau Kasturi

19:21 0 Comments


Khasiat Limau Kasturi

saya akan senarai khasiat limau kasturi ni satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan caranya sekali ya.

1. Mengurangkan Lelah

- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.

- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.


2. Melegakan Pening Kepala

- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.

- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. :)
http://t.me/cookeatlove123
3. Mengatasi Masalah Badan Berbau

- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.

4. Menyembuhkan Sakit Tekak

Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.

- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.

- Kacau campuran tu hingga rata dan minum.

- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu lebah. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.

5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian

- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.

- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.

- Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.

- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.

Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan.