Apa itu shortening dan krimwell ?
Ramai yang bertanya apakah itu shortening? dan apa pula krimwell? Bagaimanakah fungsi kedua-dua bahan ini. Adakah ianya sama boleh digantikan jika salah satunya tiada.
Apa pula perbezaan antara kedua-duanya dan apakah bahan yang boleh mengantikannya. Ramai juga yang meragui tentang kandungannya.
Http://t.me/cookeatlove123
Shortening dan krimwell nampak serupa, tapi berbeza dalam kegunaannya. Apakah perbezaan antara krimwell dan shortening dan apakah pula kegunaannya.
Shortening
Shortening atau dalam bahasa Melayu di panggil lemak sayuran adalah 100% lemak dan membeku pada suhu bilik. Shortening datang dalam warna putih dan tawar rasanya. Ia di perbuat daripada minyak sayuran ( lemak kelapa sawit ) yang telah dihidrogenasikan ( hydrogenated ).
Pada asalnya , shortening adalah sangat sinonim dengan lemak haiwan, tetapi sejak penciptaan minyak sayuran hidrogenasi dalam abad ke 20, shortening telah secara eksklusifnya bermaksud lemak sayuran.
Dalam sesetengah resepi, shortening di pukul dengan gula untuk memerangkap udara, menghasikkan produk yang gebu. Terdapat emulsifier dalam shortening yang membenarkan ia mengemulisikan shortening dengan cecair. Ia membolehkan minyak dan cecair bersatu, mewujudkan keserataan rasa dan tekstur dalam adunan dan doh.
Shortening mempunyai tahap 'smoke point' yang tinggi berbanding mentega atau margerin. Ini bermakna ia tidak mudah hangus berbanding margerin dan mentega. Ia sangat sesuai untuk di sapukan pada loyang kek atau tin roti yang di bakar kerana ia tidak mudah hangus dan menghasilkan kek dan roti yang sempurna keperangannya.
Satu lagi kelebihan shortening ialah ia memerlukan tahap suhu yang tinggi untuk mencair. Ini sangat sesuai dalam penyediaan buttercream yang perlu lama berada di suhu bilik.
Shortening biasa di gunakan dalam pembuatan biskut untuk mengekalkan bentuk doh biskut dengan lebih lama. Shortening membenarkan telur dan tepung bersatu dan mengekalkan bentuk biskut daripada mengembang ( spread). Walaubagaimana pun shortening tidak menyumbang kepada rasa untuk sesuatu resepi samaada biskut atau roti. Kesimpulannya, shortening dapat mengekalkan bentuk biskut, tetapi kurang dari segi rasa.
Shortening mengandungi kurang air dengan itu ia kurang terdedah kepada percikkan jika di gunakan untuk mengoreng.
Crisco, yang di miliki oleh The JM Smucker Syarikat sejak tahun 2002, adalah jenama lemak sayuran yang terkenal di Amerika Syarikan. Kandungannya terdiri daripada campuran kacang soya maka tidak hairanlah harganya lebih tinggi di pasaran berbanding shortening dari lemak kelapa sawit.
Di Malaysia anda tidak perlu risau dengan shortening kerana ianya di perbuat daripada minyak kelapa sawit. Antara shortening yang popular di Malaysia adalah Lam Soon, Nona, dan Adella
Krimwell
Krimwell juga di kenali sebagai Cream Mixture adalah mempunyai tekstur dan warna yang sama seperti lemak sayuran atau shortening, namun kegunaan kedua-dua bahan ini adalah berbeza. Rasanya seakan-akan margerine ( masin) tetapi berwarna putih krim berbanding margerine yang berwarna kuning.
Ia tidak perlu di letakkan dalam peti sejuk kerana ia membeku pada suhu bilik. Krimwell biasa di gunakan dalam pembuatan buttercream atau aising. Tanpa pengunaan krimwell dalam buttercream mahupun aising, ia menjadikan aising itu terlalu berminyak dan berlemak. Warnanya yang putih juga memudahkan aising atau buttercream di warnakan. Pastikan anda menggunakan pewarna berasaskan minyak atau gel untuk meratakan kalernya.
Salah satu jenama krimwell yang popular di luar negara adalah Marvello. Di Malaysia biasanya krimwell datang dalam sukatan yang banyak dan di repack semula di dalam bekas plastik lutsinar.
Antara produk krimwell yang terdapat di pasaran tempatan adalah Mariana, Creamax dan Super Creamlite.
Tuesday, 3 October 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment