Tuesday, 3 October 2017

Petua Hilangkan Tercekik Tulang Menggunakan Bahan Makanan


👨🏻‍🍳👩🏻‍🍳
 1. GARAM
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.

 2. NASI
Ini petua tercekik tulang yang paling biasa kita dengar daripada mak-mak.

Kepalkan nasi hingga membentuk bola yang besar. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat dibawa bersama ke dalam perut.

 3. MINYAK ZAITUN
Minum satu sudu minyak zaitun untuk melincirkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan mudah keluar.

 4. BUAH PISANG
Masukkan sedikit buah pisang ke dalam mulut. Kulum dan biarkan sehingga cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan.

Minum juga sedikit air untuk memudahkan tulang yang tersekat keluar bersama buah pisang yang ditelan tadi.

 5. CUKA MAKAN
Salah satu petua tercekik tulang adalah dengan menggunakan cuka.

Minum satu sudu cuka makan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat.

 6. ROTI DAN LEPA KACANG
Sapu lepa kacang pada roti dan biarkan dalam mulut beberapa minit sehingga air liur berkumpul disekelilingnya. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat akan tertanggal bersama roti.
Yang ini kalau tak tercekik pun memang sedap dimakan!

 7. KACANG
Makan segenggam kacang. Tak kisahlah apa-apa jenis kacang. Sebab anda akan makan dalam kuantiti yang kecil saja.

Teksturnya yang keras membantu menanggalkan tulang yang tersekat.

 MESKIPUN MASALAH TULANG TERSEKAT NAMPAK TIDAK SERIUS,
Jangan biarkan ia tersekat beberapa hari kerana ia boleh menyebabkan masalah pernafasan atau pun pendarahan dalam kerongkong.
 Jadi, anda perlu mendapatkan rawatan kesihatan jika masih tidak berjaya dikeluarkan walaupun setelah mengamalkan petua tercekik tulang di atas.
http://t.me/cookeatlove123

No comments:

Post a Comment