Saturday 14 November 2020

Jangkitan kulat dalam mulut bayi

13:38 0 Comments




Jangkitan kandida adalah jangkitan yang biasa dialami bayi baru lahir dan bayi kecil kerana sejenis kulat yang bernama Candida Albicans.

Menurut pakar perubatan di National Health Service,UK(NHS) kulat ini hadir secara semulajadi dalam mulut individu yang sihat dan biasanya tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

Tapi apabila ia berkembang dengan terlalu banyak, ia boleh menjangkiti membran dalam mulut.

Jangkitan ini disebabkan sistem imun bayi yang belum cukup kuat. Ia juga boleh berlaku semasa bayi sedang/selepas mengambil ubat antibiotik.

Apabila kita mengambil ubat antibiotik, bakteria "baik" dalam mulut akan berkurang jadi ia memudahkan kulat ini berkembang dengan banyak.

Jangkitan ini juga boleh merebak kepada bayi semasa penyusuan jika puting ibu itu turut terjangkit.

Rupa jangkitan kandida tidak sama seperti sisa susu kerana apabila ia digosok, ia tidak akan tertanggal dan mungkin akan berdarah!

Ada juga bayi yang kehilangan selera makan, tidak ingin menyusu dan cepat merengek kerana tidak selesa.

Ibu tidak perlu terlalu bimbang kerana jangkitan ini tidak berbahaya.

Ubat untuk jangkitan ini mungkin dalam bentuk gel antikulat mulut yang boleh disapu pada bahagian dalam mulut. Ubat lain termasuk sirap anti kulat yang juga boleh diberi melalui mulut.

Monday 2 November 2020

Hutang

01:33 0 Comments








Bismillah. 

#hutangjahat

Hutang itu membuatkan manusia itu berada di dalam keadaan hina di siang hari dan risau di malam hari. Insyaa Allah itu hadis Nabi. 

3 Jenis hutang yang rakyat perlu elakkan secara umumnya untuk hidup lebih tenang dan bahagia adalah :

1. Hutang Kad Kredit (Jika tidak bayar sepenuhnya)

2. Hutang Ar Rahnu (Jika lebih dari 6 bulan, belum tebus)

3. Hutang Pembiayaan Peribadi (Personal Loan)

Hutang-hutang di atas merobek kebahagiaanmu.

#shamsuddinkadir