Saturday 14 November 2020

Jangkitan kulat dalam mulut bayi





Jangkitan kandida adalah jangkitan yang biasa dialami bayi baru lahir dan bayi kecil kerana sejenis kulat yang bernama Candida Albicans.

Menurut pakar perubatan di National Health Service,UK(NHS) kulat ini hadir secara semulajadi dalam mulut individu yang sihat dan biasanya tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

Tapi apabila ia berkembang dengan terlalu banyak, ia boleh menjangkiti membran dalam mulut.

Jangkitan ini disebabkan sistem imun bayi yang belum cukup kuat. Ia juga boleh berlaku semasa bayi sedang/selepas mengambil ubat antibiotik.

Apabila kita mengambil ubat antibiotik, bakteria "baik" dalam mulut akan berkurang jadi ia memudahkan kulat ini berkembang dengan banyak.

Jangkitan ini juga boleh merebak kepada bayi semasa penyusuan jika puting ibu itu turut terjangkit.

Rupa jangkitan kandida tidak sama seperti sisa susu kerana apabila ia digosok, ia tidak akan tertanggal dan mungkin akan berdarah!

Ada juga bayi yang kehilangan selera makan, tidak ingin menyusu dan cepat merengek kerana tidak selesa.

Ibu tidak perlu terlalu bimbang kerana jangkitan ini tidak berbahaya.

Ubat untuk jangkitan ini mungkin dalam bentuk gel antikulat mulut yang boleh disapu pada bahagian dalam mulut. Ubat lain termasuk sirap anti kulat yang juga boleh diberi melalui mulut.

No comments:

Post a Comment