Masalah bentan atau komplikasi dalam tempoh berpantang selepas bersalin selalu dikaitkan dengan wanita . Mungkin ada sesetengah dari anda yang berpendapat bahawa waktu berpantang adalah waktu yang seronok kerana dilayan seperti puteri. Tetapi, jangan terlalu ambil mudah perkara ini kerana pantang larang harus dijaga untuk elak dari perkara yang tidak diingini.
Ada banyak jenis bentan.
1. Bentan urat pinggang – Usually terjadi kepada mereka yang bersalin ikut tingkap (caesar). Bagi wanita yang bersalin cara ni kena sangat carefull, pantang dengan elok. Maknanya, masa nak bangun, duduk semua kena slow slow. Jangan gelojoh.
2.Bentan urat peranakan (urat rahim) – Sebab nilah orang tua-tua kata jangan buat keja berat & angkat berat masa pantang. Dok diam-diam. Kalau tiba-tiba masa buat kerja terjatuh macam mana? Ia bukan saja membuatkan anda terpaksa pantang lama, tapi suami pun kena ‘pantang’ juga.
3. Bentan urat – bentan ni femes. Ada wanita yang terselamat daripada terkena bentan ni walaupun buat kerja rumah a-z. Tapi kena ingat, sekali kena bentan ni, nak bangun pun susah. Badan akan jadi sangat lemah, bisa-bisa urat & sendi badan. Kadang menggigil kesejukan walaupun cuaca panas.
Cara elak bentan :
1. Banyakkan rehat, jangan angkat benda berat. Sebenarnya mandikan anak pun kita tak digalakkan buat selagi lemah. Minta ibu atau suami mandikan anak. InsyaAllah Allah akan mudahkan. Jangan risau.
2. Jaga kebersihan. Kerap tukar pad. ‘Wap’ miss v menggunakan garam & kunyit.
3. Jaga makan – Ni penting.
– Pantang makan sayur kekacang, kobis & terung.
– Pantang makan bergatal (kerang & udang)
– Pantang makan ikan berbisa (ikan pari, ikan terubuk, ikan keli)
– Pantang makan & mencium mangga, jering & petai. Ibu berpantang boleh alami pening berpanjangan sebab ini.
– Pantang minum air sejuk.
4. Pantang ‘bersama’ suami selagi tak bersih dari nifas. (pantang 46 hari, 60 hari, 100 hari, diterangkan dalam buku 9bulan 10hari)
Walaupun orang lain ‘kutuk’ adat-adat berpantang apatah lagi cara kampung, kita sebagai perempuan kena betul-betul jaga part ni kalau kita betul-betul nak nampak cantik sampai ke tua, insyaAllah. Percayalah wahai ibu-ibu hebat, kita buat baik dengan kurniaan Allah, insyaAllah Allah akan mudahkan. Masa pantang pun kita kena menyusu kan, kalau kita sihat anak kita pun kenyang. Semoga kita terus menjadi ibu hebat buat amanah Allah – anak. Hmmm ada yang pernah bentan tak ? Orang moden tak percaya pantang2, bentan semua ni .
Ni NAK SHARE petua sket nak elakkan bentan cara tradisional :
1. Sapu minyak panas di seluruh badan
2. Pakai baju panas
3. Berstokin sepanjang masa
4.Pastikan berselimut ketika tidur
5. Bertungku.. jangan malas ehhh
No comments:
Post a Comment