Kenali Jenis² , Fungsi Lampu untuk Kereta
@PetuaDankesihatan
▪ *HALOGEN*
📝 _Jenis lampu halogen ini merupakan model lampu paling banyak digunakan. Biasanya lampu halogen ini dipasang pada lampu utama. Kekuatan yang dihasilkan lampu halogen ini antara 35-55 watt._
_Lampu halogen memiliki cara kerja dengan mengoperasikan filamen pada suhu tinggi. Kerana lampu halogen ini menggunakan filamen seperti lampu pijar pada umumnya, dalam pengoperasian filamen ini dapat menghasilkan cahaya atau pijar yang lebih terang._
▪ *HID (High Intensity Discharge)*
📝 _Berbeza dengan lampu halogen, lampu HID dibuat tanpa menggunakan filamen. Cahaya yang dihasilkan dari pengapian gas Xenon yang berada dalam tabung. Meskipun tanpa filamen, cahaya yang dihasilkan lebih terang dibandingkan dengan lampu halogen serta lebih tahan lama meskipun tanpa daya yang tinggi._
_Tetapi sayangnya, penggantian lampu jenis ini memerlukan arus elektrik yang berbeza, sehingga prosesnya agak rumit kerana harus menggunakan ballast untuk seimbangkannya._
▪ *LED (High Emitting Diodes)*
📝 _Lampu LED sudah lama dikenal sebagai lampu penerang dalam ruangan. Pada kendaraan bermotor, lampu jenis ini biasa digunakan untuk brek dan juga pada plat motor. Tetapi sekarang ini, lampu LED juga sering digunakan sebagai lampu utama._
_Lampu LED kereta memiliki beberapa kelebihan antaranya dengan tenaga yang lebih kecil, intensiti cahaya yang dihasilkan jauh lebih terang dan kuat berbanding lampu HID. Lampu ini juga mempunyai ketahanan yang lebih baik dan lama. Alasan lampu ini banyak digunakan kerana pemasangannya mudah dan tidak memerlukan ballast._
▫️ *LED Limited*, biasa digunakan sebagai lampu utama kerana memiliki daya yang tinggi.
▫️ *LED Cree*, merupakan lampu tambahan yang biasa digunakan pada brek dan juga lampu membelok.
▫️ *LED COB* (chip and board), lampu ini merupakan susunan deretan chips dalam satu papan dan biasa digunakan sebagai lampu platform kabin.
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏
No comments:
Post a Comment