Monday, 5 October 2020




🤲🏼 TUKAR CARA BERDOA.
@PetuaDankesihatan


📝 _Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya ..  إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ‎, siapa yang betul² amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik.إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ‎._

*﷽ 𝔽𝕠𝕣𝕞𝕦𝕝𝕒 1*

Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya الله‎ berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka الله‎ akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. 

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya الله‎ lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya الله‎ keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya الله‎ bantulah aku ".

*﷽ 𝔽𝕠𝕣𝕞𝕦𝕝𝕒 2*

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya الله‎ BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

"Ya الله‎ KURNIAKANLAH aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila² masa الله‎ boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka الله‎ akan kurniakan kita sesuatu sampai bila² InshaaAllah.

*﷽ 𝔽𝕠𝕣𝕞𝕦𝕝𝕒 3*

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini :

"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan 2 perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita الله‎ dengar dan yakin الله‎ makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

*﷽ 𝔽𝕠𝕣𝕞𝕦𝕝𝕒 4*

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya الله‎, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan الله‎. 

Kalau selama ni kita hanya minta pada الله‎ sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar² ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya :

"Ya الله‎, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya الله‎.

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya الله‎, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya الله‎.

Kerana Engkau sahajalah sebaik² perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada الله‎ yang memberikan nikmat itu. 

*﷽ 𝔽𝕠𝕣𝕞𝕦𝕝𝕒 5*

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam² pada الله‎.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah الله‎ beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita.

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg الله‎ dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh :

"Ya الله‎, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya الله‎.."

*﷽ 𝔽𝕠𝕣𝕞𝕦𝕝𝕒 6*

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh :

"Ya الله‎, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya الله‎.. bantulah dia ya الله‎, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya الله‎.."
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

No comments:

Post a Comment